Tuesday, 4 September 2012

new add on :D

Salam 1 Malaysia untuk semua.

Just nak share something dengan korang. Kami Dpinggiran Malam Steamboat & Grill ada menawarkan menu baru iaitu BBQ lamb & chicken. Kalau nak kelainan rasa BBQ tu boleh lah try set BBQ kami. Set berharga Rm3 untuk 100g daging kambing dan Rm1.50 untuk ayam. Resepi BBQ ni adalah hasil olahan dari BBQ sos, gula, black paper dan beberapa lagi bahan yang menjadikan ia adalah resepi istimewa kami.

Bagaimana cara untuk membuat pesanan...???senang je, jalan ke booth BBQ kami dan pilih ayam atau kambing yang ada inginkan, timbang berat daging tersebut dan tunggu sebentar di meja anda. Akan kami hantar dengan kadar segera.

Senangkan...so to whom yang nak try boleh datang. Keselesaan anda, adalah keutamaan kami. tak gitu.hehehe

Oh ya, kami juga ingin memberitahu kepada semua pelanggan kami bahawa setiap isnin Dpinggiran Malam Steamboat & Grill akan bercuti :)

Thursday, 16 August 2012

Cuti Aidilfitri

Salam semua.
Disini kami mengambil kesempatan untuk memohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa atau ada yang terkecil hati atas layanan kami sepanjang berada di Dpinggiran Steamboat & Grill. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Kami di Dpinggiran Steamboat akan bercuti bermula hari ini bersamaan 16/8/2012 dan akan kembali beroperasi pada 27/8/2012. Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh lah hubungi kami di blog ini atau terus sahaja telefon pada no yang telah kami sediakan. Yang pulang berhari raya di kampung halaman,berhati - hatilah semasa memandu. Pada yang berkemampuan, sama-samalah kita memberi dan meringankan beban mereka-mereka yang memerlukan. Semoga Ramadahan dan Aidilfitri ini memberi nikmat pada semua.

Sekali lagi kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Semoga semua berbahagia dari kami Dpinggiran Steamboat & Grill. 

Monday, 13 August 2012

Cukup Seminggu


 Genaplah sudah seminggu Dpinggiran  Malam Steamboat & Grill beroperasi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sambutan juga amat menggalakkan. Cam biasalah beniaga ada pasang surutnya, orang kata adat kejap diatas,kejap dibawah. So kita terima apa yang datang dengan hati yang terbuka, belajar dan memperbaiki segala kelemahan. Harap kami terus maju kehadapan. Terima kasih pada yang dah datang mencuba n datang lah lagi lain kali.







Ramadhan Al-Mubarak

Orang putih kata So Far So Good...so camtu gak lah hari -hari yang lalu untuk kedai kami. Dan kami berharap moga-moga terus mendapat sambutan dari semua. Untuk yang dah pun sampai ke kedai kami terima kasih, arrigato, tocey, n setinggi-tinggi penghargaan kerana datang memberi sokongan.
Kalau ada kelemahan kami dari segi layanan, infra, dan menu diharap jangan segan-segan kalau nak beri nasihat dan pandangan. Kami hargai semua tu.

Bulan ramadhan ni kami terus beroperasi seperti biasa, yang datang walk in terima kasih, yang datang by booking pun terima kasih banyak. & for latest update, kami akan mula bercuti pada 16/08/2012 sehingga 25/08/2012 untuk berhari raya. So kalau nak booking table or ada pertanyaan, call je phone number yang ada.

Selamat berpuasa semua

Tuesday, 10 July 2012

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, akhirnya dah start dah kedai malam tadi. Walaupun yang dijemput untuk memeriahkan kedai hanyalah keluarga terdekat,tapi ada gak customer yang datang nak join. Thats a good start for us. Harap sokongan yang diberi berterusan dan memberi kami semangat untuk terus berusaha,memperbaiki kekurangan dan memberi yang terbaik sudahnya.
Dalam hujan pun berkepul-kepul asap dari grill yang membakar udang sotong daging dan sebagainya. Puas hati tengok muka-muka customer yang datang. So thanks u all for the support. Datang lagi lepas ni :)
& sedikit gambar suasana malam tadi yang sempat kami ambil





Monday, 9 July 2012

9 Julai 2012

Penat lelah dalam proses pengubahsuaian seperti hilang tatkala masa yang ditunggu telah tiba. Insyaallah harini bersamaan 9/7/12 bermula lah perniagaan kami. D'pinggiran Malam Steamboat & Grill akan mula beroperasi sepenuhnya.So marilah mencuba steamboat di kedai kami.

Sebagai tambahan ni skatch map tuk ke kedai kami. Admin dah buat sesimple mungkin supaya mudah difahami.
 Simpang2 tu semua main junction. Admin tak larat nak add on semua simpang yang ada sepanjang jalan. :D


Tuesday, 3 July 2012

Flyers

Pejam celik pejam celik dah nak sampai masa tuk start beniaga, so flyers pun should ready ahh kan.





So kalau sesiapa jumpa flyers ni sila-sila baca :)