Friday 30 November 2012

Salam. Setelah sekian lama xupdate blog ni,akhirnya admin update gak. penat n xcukup masa nak rehat tu la pasal xterupdate blog ni.hehe. so apa yang baru kat kedai kami....sedikit sebanyak penambahbaikan untuk kepuasan n keselesaan pelanggan kami,penambahan menu, dan hiasan kedai. maybe tu yang admin boleh cerita. nak tau lebih lanjut datang lah ke Dpinggiran Malam Steamboat & Grill kami.

Ni gambar-gambar pelanggan yang sudi menjamu selera di kedai kami. Sorry la ye kalau-kalau ada gambar yang xterupload :D

Ni satu group BIKER datang...kalau customer meleleh tengok makanan yang pelbagai kami lak meleleh tengok SUPERBIKE yang parking depan kedai...(Admin nak sambar gak sebijik moto ni.In Shaa Allah)




Bukan setakat korang leh datang makan sepuas-puasnya tapi siap leh wat mengeratkan perhubungan kekeluargaan kat kedai kami ni. Ni satu contoh family ni wat family gathering kat kedai kami. Hampir 1 kedai penuh dengan family dari TOP GLOVE tu. Yang penting puas hati & happy.










So pada sesiapa yang belum pernah ke kedai kami sila-sila kan la merasa. U can just come walk in or boleh je call us with the number we provide. TQ & will be update again soon.

Tuesday 4 September 2012

new add on :D

Salam 1 Malaysia untuk semua.

Just nak share something dengan korang. Kami Dpinggiran Malam Steamboat & Grill ada menawarkan menu baru iaitu BBQ lamb & chicken. Kalau nak kelainan rasa BBQ tu boleh lah try set BBQ kami. Set berharga Rm3 untuk 100g daging kambing dan Rm1.50 untuk ayam. Resepi BBQ ni adalah hasil olahan dari BBQ sos, gula, black paper dan beberapa lagi bahan yang menjadikan ia adalah resepi istimewa kami.

Bagaimana cara untuk membuat pesanan...???senang je, jalan ke booth BBQ kami dan pilih ayam atau kambing yang ada inginkan, timbang berat daging tersebut dan tunggu sebentar di meja anda. Akan kami hantar dengan kadar segera.

Senangkan...so to whom yang nak try boleh datang. Keselesaan anda, adalah keutamaan kami. tak gitu.hehehe

Oh ya, kami juga ingin memberitahu kepada semua pelanggan kami bahawa setiap isnin Dpinggiran Malam Steamboat & Grill akan bercuti :)

Thursday 16 August 2012

Cuti Aidilfitri

Salam semua.
Disini kami mengambil kesempatan untuk memohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa atau ada yang terkecil hati atas layanan kami sepanjang berada di Dpinggiran Steamboat & Grill. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Kami di Dpinggiran Steamboat akan bercuti bermula hari ini bersamaan 16/8/2012 dan akan kembali beroperasi pada 27/8/2012. Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh lah hubungi kami di blog ini atau terus sahaja telefon pada no yang telah kami sediakan. Yang pulang berhari raya di kampung halaman,berhati - hatilah semasa memandu. Pada yang berkemampuan, sama-samalah kita memberi dan meringankan beban mereka-mereka yang memerlukan. Semoga Ramadahan dan Aidilfitri ini memberi nikmat pada semua.

Sekali lagi kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Semoga semua berbahagia dari kami Dpinggiran Steamboat & Grill. 

Monday 13 August 2012

Cukup Seminggu


 Genaplah sudah seminggu Dpinggiran  Malam Steamboat & Grill beroperasi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sambutan juga amat menggalakkan. Cam biasalah beniaga ada pasang surutnya, orang kata adat kejap diatas,kejap dibawah. So kita terima apa yang datang dengan hati yang terbuka, belajar dan memperbaiki segala kelemahan. Harap kami terus maju kehadapan. Terima kasih pada yang dah datang mencuba n datang lah lagi lain kali.







Ramadhan Al-Mubarak

Orang putih kata So Far So Good...so camtu gak lah hari -hari yang lalu untuk kedai kami. Dan kami berharap moga-moga terus mendapat sambutan dari semua. Untuk yang dah pun sampai ke kedai kami terima kasih, arrigato, tocey, n setinggi-tinggi penghargaan kerana datang memberi sokongan.
Kalau ada kelemahan kami dari segi layanan, infra, dan menu diharap jangan segan-segan kalau nak beri nasihat dan pandangan. Kami hargai semua tu.

Bulan ramadhan ni kami terus beroperasi seperti biasa, yang datang walk in terima kasih, yang datang by booking pun terima kasih banyak. & for latest update, kami akan mula bercuti pada 16/08/2012 sehingga 25/08/2012 untuk berhari raya. So kalau nak booking table or ada pertanyaan, call je phone number yang ada.

Selamat berpuasa semua

Tuesday 10 July 2012

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, akhirnya dah start dah kedai malam tadi. Walaupun yang dijemput untuk memeriahkan kedai hanyalah keluarga terdekat,tapi ada gak customer yang datang nak join. Thats a good start for us. Harap sokongan yang diberi berterusan dan memberi kami semangat untuk terus berusaha,memperbaiki kekurangan dan memberi yang terbaik sudahnya.
Dalam hujan pun berkepul-kepul asap dari grill yang membakar udang sotong daging dan sebagainya. Puas hati tengok muka-muka customer yang datang. So thanks u all for the support. Datang lagi lepas ni :)
& sedikit gambar suasana malam tadi yang sempat kami ambil





Monday 9 July 2012

9 Julai 2012

Penat lelah dalam proses pengubahsuaian seperti hilang tatkala masa yang ditunggu telah tiba. Insyaallah harini bersamaan 9/7/12 bermula lah perniagaan kami. D'pinggiran Malam Steamboat & Grill akan mula beroperasi sepenuhnya.So marilah mencuba steamboat di kedai kami.

Sebagai tambahan ni skatch map tuk ke kedai kami. Admin dah buat sesimple mungkin supaya mudah difahami.
 Simpang2 tu semua main junction. Admin tak larat nak add on semua simpang yang ada sepanjang jalan. :D


Tuesday 3 July 2012

Flyers

Pejam celik pejam celik dah nak sampai masa tuk start beniaga, so flyers pun should ready ahh kan.





So kalau sesiapa jumpa flyers ni sila-sila baca :)

80% ready

Setelah berkerja keras, 80% ready gak akhirnya. As per plan next week will be opening day. Harap semua pun berjalan lancar.

Gambar-gambar kedai dalam pembikinan.




Thursday 14 June 2012

Set & lokasi

D'pinggiran Steamboat kami menawarkan set hidangan buffet pada harga RM20.00 untuk dewasa RM10.00 untuk kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 12 tahun dan percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah. Set buffet steamboat ini turut disertakan dengan side dish seperti aiskrim, minuman panas, pelbagai jenis mee dan akan muncul BurGerD pada masa akan datang. Kami juga menyediakan jus buah gelas besar yang amat menyelerakan.

Kami bersedia menerima pengunjung dalam kuantiti yang ramai dan tempat parkir yang luas juga kami sediakan untuk kemudahan para pelanggan kami. Set meja untuk 2-4 orang, 4-6 orang dan 6-8 orang kami sediakan untuk memberi keselesaan para pelanggan. Kemudahan asas yang lain seperti tandas, surau dan sambungan internet tanpa wayar (WIFI) adalah satu kewajipan bagi kami demi keselesaan semua.

D'pinggiran Steamboat ini terletak di kawasan Kampung Bukit Kapar yang mana kedudukannya terletak di antara Klang dan Puncak Alam. Lokasi kedai bersebelahan laluan utama tersebut.
(lokasi kedai kami ) Melalui jalan utama dari Pekan Meru ke Puncak Alam anda akan melintasi kedai kami yang besebelahan. Jika anda dari Klang/ Pekan Meru kedai kami selepas simpang Jalan Surau Sebaya.

Bermulanya episod D'pinggiran Steamboat

Salam 1 Malaysia

D'pinggiran Steamboat ini lahir dari 5 sekawan yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Bermula dengan gerai-gerai kecil seperti gerai burger dan gerai juadah buka puasa, kini episod baru bermula dengan lahirnya sebuah restoran yang diberi nama  D'pinggiran Malam Steamboat & Grill yang bakal beroperasi pada awal bulan Julai nanti

Secara umumnya "steamboat" ini memberi satu rasa bagi meraka yang inginkan kelainan sewaktu makan malam atau pun bersantai bersama keluarga dan rakan. D'pinggiran Malam Steamboat & Grill kami menawarkan pelbagai pilihan steamboat selain suasana nyaman diwaktu malam dengan persekitran alam semulajadi.