Thursday 14 June 2012

Set & lokasi

D'pinggiran Steamboat kami menawarkan set hidangan buffet pada harga RM20.00 untuk dewasa RM10.00 untuk kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 12 tahun dan percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah. Set buffet steamboat ini turut disertakan dengan side dish seperti aiskrim, minuman panas, pelbagai jenis mee dan akan muncul BurGerD pada masa akan datang. Kami juga menyediakan jus buah gelas besar yang amat menyelerakan.

Kami bersedia menerima pengunjung dalam kuantiti yang ramai dan tempat parkir yang luas juga kami sediakan untuk kemudahan para pelanggan kami. Set meja untuk 2-4 orang, 4-6 orang dan 6-8 orang kami sediakan untuk memberi keselesaan para pelanggan. Kemudahan asas yang lain seperti tandas, surau dan sambungan internet tanpa wayar (WIFI) adalah satu kewajipan bagi kami demi keselesaan semua.

D'pinggiran Steamboat ini terletak di kawasan Kampung Bukit Kapar yang mana kedudukannya terletak di antara Klang dan Puncak Alam. Lokasi kedai bersebelahan laluan utama tersebut.
(lokasi kedai kami ) Melalui jalan utama dari Pekan Meru ke Puncak Alam anda akan melintasi kedai kami yang besebelahan. Jika anda dari Klang/ Pekan Meru kedai kami selepas simpang Jalan Surau Sebaya.

Bermulanya episod D'pinggiran Steamboat

Salam 1 Malaysia

D'pinggiran Steamboat ini lahir dari 5 sekawan yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Bermula dengan gerai-gerai kecil seperti gerai burger dan gerai juadah buka puasa, kini episod baru bermula dengan lahirnya sebuah restoran yang diberi nama  D'pinggiran Malam Steamboat & Grill yang bakal beroperasi pada awal bulan Julai nanti

Secara umumnya "steamboat" ini memberi satu rasa bagi meraka yang inginkan kelainan sewaktu makan malam atau pun bersantai bersama keluarga dan rakan. D'pinggiran Malam Steamboat & Grill kami menawarkan pelbagai pilihan steamboat selain suasana nyaman diwaktu malam dengan persekitran alam semulajadi.